Mahathir tegas bukan diktator - Hadi - Utusan Malaysia

Mahathir tegas bukan diktator – Hadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah seorang pemimpin yang tegas dan bukannya  seorang diktator, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, Mahathir dipilih secara demokratik melalui proses pilihan raya dan beliau perlu tegas.

“Saya nak komen menyatakan kenyataan Dr. Mahathir diktator, itu bukan diktator, itu tegas kerana beliau dipilih secara demokratik dalam pilihan raya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pakatan Harapan (PH) yang pilih dia (Mahathir). Bukan dia lantik diri sendiri. Apa yang penting ialah ketegasan, tegas menghadapi barisan Kabinet, bukan diktator,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau memberikan reaksi itu sebagai mengulas kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang dilapor media Singapura, antara lain menyifatkan Mahathir sebagai bekas diktator. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini