KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau mengambil perhatian terhadap masalah yang menimpa penduduk tanah wakaf di Tanah Wakaf Abdul Cauder, Jalan Mengkuang, Butterworth. Berikutan itu, Mahathir berkata, beliau telah mengarahkan pegawainya untuk segera meninjau masalah berkenaan. “Saya kini berada di Manila untuk lawatan rasmi tiga hari. Sebentar tadi, saya dimaklumkan mengenai masalah yang menimpa penduduk tanah wakaf di Butterworth melalui satu video perhimpunan di sana.…










