KUALA LUMPUR – Rrj Marketing, pengedar produk penjagaan kesihatan berjenama Magika, mahu berkongsi rahsia kejayaan dan juga testimoni positif daripada pengguna sedia ada bagi membantu lebih ramai wanita mendapat manfaat daripada barangan keluaran syarikat.
Pengasas syarikat, Jaslaily Suzana Armon berkata, melalui produk jus kesihatan Magika, kaum wanita dapat meningkatkan kualiti kesihatan dalaman dan juga bersesuaian untuk mereka yang baru melahirkan anak.
Menurutnya, jus tersebut akan dapat memberi kecergasan bagi mereka yang sedang berpantang serta menambah keluaran susu untuk bayi.
“Ia tidak memberi kesan negatif kepada tubuh badan dan sehingga kini, badan saya sentiasa kekal sihat bertenaga meskipun terpaksa berjaga malam melayan kerenah anak,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.
Jaslaily yang mengamalkan produk Magika sejak tiga tahun lalu itu berkeyakinan terhadap produk berkenaan dan berhasrat mahu membantu wanita dan golongan warga emas yang sedang menghadapi masalah kesihatan untuk mencubanya.
Antara testimoni yang diperoleh daripada penggunaan Magika ialah ia dapat membantu mengurangkan masalah keletihan dengan menampilkan wajah yang berseri dengan aura lebih positif serta kualiti kesihatan dalaman yang lebih positif khususnya berkaitan dengan jadual haid yang lebih teratur.
“Proses pemulihan boleh dilihat selepas dua minggu mengamalkan Magika tetapi ia bergantung kepada tahap kesihatan seseorang itu, namun saya syorkan agar produk tersebut diamalkan secara berterusam,” jelasnya.
Mengulas lanjut, berdasarkan hasil promosi daripada pengalamannya itu, syarikat telah berjaya mencatat jualan sehingga RM3,000 sebulan.
Mereka yang berminat untuk mendapatkan produk dan menjadi pengedar, boleh menghubungi di talian 019-449 0000.











