Liverpool tidak akan berbelanja besar - Utusan Malaysia

Liverpool tidak akan berbelanja besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 16 Mac – Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp memberitahu bahawa The Reds tidak akan berbelanja besar bagi mendapatkan pemain baharu pada musim panas ini.

Skuad kendalian Klopp yang sedang bersaing merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara sudah berbelanja besar sebelum ini untuk mendapatkan Alisson, Fabinho, Naby Keita dan Xherdan Shaqiri.

Liverpool kini ketinggalan satu mata di belakang Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan mereka akan berdepan cabaran Porto di suku akhir Liga Juara-Juara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Klopp menegaskan bahawa dia mahu mengekalkan pasukan sedia ada berbanding berbelanja besar untuk pemain baharu.

“Saya tidak akan terangkan secara terperinci mengenai perancangan kami tetapi kami tidak akan berbelanja besar pada jendela perpindahan akan datang.

“Cara terbaik sekarang ini adalah membawa pemain ini sebagai pasukan, membangunkan mereka secara bersama.

“Sebelum ini mereka ada pasukan yang hebat tetapi banyak pemain berhijrah ke pasukan lain di seluruh dunia dan perkara itu tidak akan berlaku tahun ini,” katanya.

Liverpool yang menyingkirkan Bayern Munich dalam aksi kalah mati Liga Juara-Juara akan berdepan cabaran Fulham dalam saingan Liga, esok.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini