Liverpool lebih tertekan - Utusan Malaysia

Liverpool lebih tertekan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 29 Mac – LIVERPOOL berdepan hala­ngan terbesar dalam baki saingan untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris apabila menerima kunjungan Tottenham di Anfield, Ahad ini.

Kemenangan 2-0 ke atas Fulham dalam perlawanan terakhir sebelum liga berehat dua minggu untuk kalendar antarabangsa memmbolehkan Reds merampas takhta liga dengan kelebihan dua mata di depan Manchester City, namun City memiliki kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Anak-anak buah Jurgen Klopp lebih tertekan berban­ding Tottenham kerana keciciran mata di Anfield bermakna misi menamatkan penantian 29 tahun untuk bergelar juara liga akan menjadi lebih sukar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagi Spurs, mereka bertandang ke Anfield berbekalkan rekod ampuh menang 11 daripada 16 perlawanan di tempat lawan musim ini, namun Liverpool memenangi pertemuan terakhir kedua-dua pasukan 2-1 di Wembley pada 15 September tahun lalu.

Anak-anak buah Mauricio Pochettino juga berdepan isu keletihan yang serius kerana 16 pemain mereka terlibat dalam perlawanan antarabangsa.

Secara keseluruhan, semua pemain mereka mengharu­ngi perjalanan udara 61,883 batu dalam tempoh dua minggu.
 – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini