BATU PAHAT 16 Mac – Pembinaan Litar ‘Pump Track’ Batu Pahat mencipta sejarah tersendiri, terutama bagi peminat aktiviti sukan basikal lasak kerana ia satu-satunya litar di Malaysia yang dibina menggunakan lapisan permukaan tar (bitumen) secara keseluruhan. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Johor, Mohd. Khuzzan Abu Bakar berkata, tujuan utama litar berkenaan dibina adalah sebagai tempat latihan awal bagi pengenalan kepada Sukan Supercross BMX. Katanya, selain digunakan dalam saingan BMX, ia juga sesuai untuk aktiviti riadah seperti kayuhan santai, latihan serta kejohanan Mountain Bike (MTB). “Kita sudah ada enam litar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya