JAKARTA 12 Mac – Syarikat penerbangan Indonesia, Lion Air menangguh untuk menerima penghantaran empat buah pesawat baharu model Boeing 737 MAX 8 yang ditempah sebelum ini.
Lion Air menerusi kenyataan memaklumkan bahawa syarikat itu tidak berhasrat menerima sebarang penghantaran ketika ini dan akan menilai sama ada keputusan akan diteruskan atau tidak.
Tindakan itu dibuat susulan nahas pesawat Ethiopian Airlines yang terhempas sehingga mengorbankan kesemua 157 penumpang di Addis Ababa kelmarin.
Memuatkan artikel berkaitan…
Syarikat penerbangan itu juga menggunakan pesawat model 737 MAX 8. – AFP











