Lin Dan tersingkir awal di All England - Utusan Malaysia

Lin Dan tersingkir awal di All England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BIRMINGHAM 7 Mac. – Legenda Badminton China, Lin Dan menerima kejutan besar apabila tersingkir seawal pusingan pertama oleh pemain Jepun, Kanta Tsuneyama, di Arena Birmingham, awal pagi tadi.

Naib juara Kejohanan Badminton All England edisi lalu, hadir ke Birmingham untuk merebut kejuaraan yang kali terakhir dimenanginya pada 2016.

Di atas kertas, bekas pemain nombor satu dunia itu tidak berdepan masalah untuk menewaskan Tsuneyama berdasarkan rekod kemenangan bersih dalam dua perlawanan terdahulu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, Lin Dan bergelut untuk mengatasi Tsuneyama walaupun memenangi set pertama 21-19 tetapi tewas dalam dua set berikutnya 21-14,21-7.

“Saya melakukan kesilapan dengan membenarkan lawan mencuri banyak mata. Ketika sudah mendapatkan rentak, ia sudah menjadi terlalu sukar untuk saya mengejarnya,” katanya.

Edisi tahun lalu, dia meraih gelaran naib juara setelah tumpas kepada rakan senegara, Shi Yuqi, di pentas final. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×