KUALA LUMPUR 8 Mac – Lima remaja perempuan dipercayai melarikan diri dari sebuah rumah kebajikan di Hulu Langat, dekat sini, Ahad lalu. Remaja berusia antara 15 dan 18 tahun itu tidak pulang ke rumah dan sehingga kini gagal dikesan keluarga masing-masing. Menurut sumber, kelima-lima remaja yang sedang menjalani rawatan di rumah kebajikan itu disedari hilang oleh penyelia rumah kebajikan berkenaan ketika sedang solat Zohor di pejabat kira-kira pukul 3.30 petang.…










