IPOH – Pasukan bola sepak Perak berjaya meraih kemenangan pertama dalam saingan Liga Super pada musim ini selepas berjaya membenam kelab Petaling Jaya (PJ) City FC 1-0 di gelanggang sendiri di Stadium Perak di sini sebentar tadi. Jaringan tunggal perlawanan itu hadir menerusi sepakan penalti yang disempurkan Wander Luiz Bitencourt Junior menewaskan penjaga gol lawan, Mohd. Muhaimin Mohamad pada minit ke-39. Sepakan penalti tersebut dihadiahkan kepada Perak selepas pemain penyerangnya,…










