Liga Europa: Arsenal diundi menentang Napoli - Utusan Malaysia

Liga Europa: Arsenal diundi menentang Napoli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 15 Mac – Arsenal akan bertemu Napoli pada suku akhir Liga Europa selepas undian dilaksanakan hari ini, manakala Chelsea menentang Slavia Prague.

Skuad bimbingan Unai Emery akan melayan kunjungan Napoli di Stadium Emirates dalam timbal balik pertama pada 11 April ini, dengan perlawanan kedua di Itali, seminggu selepas itu.

Gunners berdepan laluan getir menentang skuad bimbingan Carlo Ancelotti, Napoli yang ketika ini menghuni tempat kedua dalam Serie A, tersingkir daripada Liga Juara-Juara dalam saingan peringkat kumpulan meskipun menewaskan Liverpool di laman sendiri dan dua kali seri menentang Paris Saint-Germain.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemenang perlawanan itu, akan mara ke separuh akhir bertemu kelab Sepanyol sama ada Valencia atau Villarreal.

Kedua-dua pasukan La Liga itu menundukkan pencabar dari Rusia di peringkat 16 terbaik, dengan Valencia menyingkirkan Krasnodar dan Villarreal, yang bergelut dengan prestasi dalam saingan domestik, ketepikan Zenit Saint Petersburg.

Sebelum memenangi Liga Europa sebanyak tiga kali berturut-turut bersama Sevilla antara 2014 dan 2016, Emery turut berjaya menerajui Valencia selama tiga tahun. Dia membawa kelab itu menamatkan saingan di kedudukan ketiga dalam La Liga antara 2010 dan 2012.

Emery dan Ancelotti, kedua-dua mereka pernah bergelar jurulatih di Paris Saint-Germain, tetapi dia mungkin berharap untuk bertemu dengan kelab lamanya, Chelsea.

Bagaimanapun, kelab London itu akan bertemu Slavia, apabila mereka bakal bertandang ke ibu negara Republik Czech untuk timbal balik pertama pada 11 April ini.

Pemenang perlawanan tersebut akan ke separuh akhir menentang sama ada Benfica atau Eintracht Frankfurt. Perlawanan akhir Liga Europa akan berlangsung di Baku, Azerbaijan, 19 Mei ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini