LGBT wajib diperangi -  Pak Wan - Utusan Malaysia

LGBT wajib diperangi –  Pak Wan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Mac –   Pihak berkuasa wajib bertindak dengan tidak membenarkan sebarang  penganjuran, perarakan atau perhimpunan  berkaitan gaya hidup lesbian, gay, bisek­sual dan transgender (LGBT) di negara ini.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof yang lebih dikenali sebagai Pak Wan menegaskan, musuh  paling besar mengancam umat Islam di Malaysia adalah  hak asasi manusia yang tidak mengenal batas hukum dan perangai luar tabii.

“Ini  wajib diperangi dengan memberi pengajaran yang betul.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bayangkan atas dasar `human rights’,  isteri melakukan hubungan luar nikah, lelaki bercinta dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, anak-anak dengan  ibu bapa dan sebagainya.

“Bersatu sendiri menolak gaya hidup LGBT dalam budaya masyarakat negara ini,” kata beliau kepada Utusan Malaysia hari ini.

Semalam, dalam satu perarakan Women’s March yang diadakan di ibu negara, penyokong LGBT dirakam melaungkan slogan seperti ‘Hidup LGBT’ dan mengibarkan bendera pelangi yang menandakan sokongan mereka terhadap golongan itu.

Walaupun perarakan itu bertujuan untuk meraikan Hari Wanita Sedunia yang disambut kelmarin, kelibat penyokong LGBT dilihat mencemarkan perarakan tersebut.

Menurut portal Sinar Ha­rian, kira-kira 1,000 orang hadir dalam perhimpunan dan per­arakan tersebut yang bermula dari pusat beli-belah Sogo hingga ke Masjid Jamek.

Selain slogan pro-LGBT, peserta turut melaungkan desakan supaya menghentikan perkahwinan kanak-kanak serta menuntut penghapusan diskriminasi jantina, menamatkan keganasan terhadap wanita dan memperkukuh hak wanita. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini