SUNGAI BULOH – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas rebah ketika sedang bermain golf dalam satu kejadian di Kelab Golf Rahman Putra di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa’aton Abu Bakar berkata, dalam kejadian sekitar pukul 1.15 petang itu, mangsa, 68, pengsan ketika sedang bermain golf sebelum pihak pengurusan kelab golf berkenaan menghubungi anak lelakinya untuk memaklumkan tentang kejadian. “Mangsa yang merupakan seorang pesara kerajaan seterusnya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan namun setibanya di wad kecemasan lelaki warga emas itu disahkan telah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya