Lelaki sakit mental hilang lebih 22 jam ditemui mandi sungai - Utusan Malaysia

Lelaki sakit mental hilang lebih 22 jam ditemui mandi sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK – Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental ditemui sedang mandi di sebatang sungai di Kampung Air Musang di sini hari ini selepas hilang lebih 22 jam hilang sejak petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 4 petang semalam, mangsa berusia 28 tahun itu dibawa ke rumah saudaranya di Tanjung Kekabu Pahat di sini bagi tujuan mendapatkan rawatan alternatif bagi masalah mental yang dihadapinya.

Difahamkan, mangsa yang tidak bekerja itu kemudiannya secara tiba-tiba hilang dipercayai melarikan diri ke dalam hutan di belakang rumah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kehilangan mangsa kira-kira pada pukul 9.30 pagi tadi.

“Ahli keluarga dan orang kampung berusaha mencari mangsa sejak semalam namun usaha mereka gagal sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa pada hari ini bagi membantu mencari dan menyelamat mangsa.

“Seramai 11 pegawai dan anggota polis selain tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (5) serta 15 orang awam menyertai operasi tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Tambah Ismail, mangsa akhirnya dijumpai sedang mandi di sebatang sungai di kampung bersebelahan iaitu di Kampung Air Musang pada pukul 2.30 petang.

“Mangsa berada dalam keadaan sihat namun terdapat kesan calar di badannya dan dia kemudian diserahkan kepada ahli keluarga,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini