PARIT BUNTAR – Akibat perasaan cemburu hubungan rapat isteri dengan sepupunya, seorang lelaki sanggup bertindak kejam dengan merempuh lelaki itu sebelum menikam bahagian leher menggunakan sebilah parang dalam kejadian di persimpangan jalan berhampiran Taman Kurau Indah, Kuala Kurau di sini semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Kerian, Deputi Superintendan Sanusi Salleh berkata, dalam kejadian pada pukul 7 malam itu, mangsa berusia 37 tahun yang bekerja sebagai penternak dalam perjalanan hendak melihat…










