Lelaki maut terjatuh tingkat 10 - Utusan Malaysia

Lelaki maut terjatuh tingkat 10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Mac – Seorang lelaki ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 10 di Menara Vortex, Jalan Sultan Ismail di sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu, mangsa berusia 21 tahun itu ditemukan dalam keadaan terbaring dengan kecederaan di bahagian kepala di laluan keluar dari kawasan tempat letak kereta.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa dipercayai berkumpul bersama rakan-rakannya di salah sebuah unit kediaman di menara berkenaan, sebelum beberapa rakannya menyedari kehilangan lelaki terbabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah berkata, siasatan lanjut masih dijalankan pihaknya memandangkan punca kematian mangsa didapati meragukan.

Ujarnya, pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian itu mempunyai unsur jenayah.

“Sehubungan itu, pihak kami memanggil Unit Forensik Polis Diraja Malaysia bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

“Pada masa ini pihak polis sedang menunggu laporan penuh hasil keputusan bedah siasat yang dijalankan di Hospital Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Shaharuddin, semasa mayat tersebut ditemukan, mangsa dikatakan tidak memakai kasut dan hanya memakai stokin berwarna hitam pada sebelah kakinya.

“Pihak polis turut menemukan sehelai stokin dipercayai milik mangsa di tempat letak kereta di tingkat 5a manakala kunci kereta miliknya ditemukan di tingkat 9.

“Sehingga kini siasatan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut sehingga laporan siasatan dikeluarkan,”jelasnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini