KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar sebuah kereta yang rosak dalam satu kejadian di Jalan Tun Razak menghala ke ibu negara di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, mangsa, Mohd. Fadzil Isa, 42, maut di lokasi kejadian akibat impak daripada perlanggaran tersebut. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zukefly Yahya berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan tersebut terjadi apabila kereta Proton Wira berwarna hitam yang dipandu seorang lelaki warga emas rosak dan berada di lorong kiri jalan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya