Lelaki maut kereta terbakar dalam kemalangan - Utusan Malaysia

Lelaki maut kereta terbakar dalam kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Mac.- Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandunya terbabit dalam kemalangan berhampiran Majlis Sukan Negara di Jalan Barat menghala ke Taman Teknologi Park, Kuala Lumpur, awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.26 pagi itu, mangsa ditemukan rentung di bahagian tempat duduk pemandu selepas kereta jenis Honda City yang dipandunya terbakar.

Difahamkan, hasil pemeriksaan lanjut ke atasnya mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada forensik polis sebelum dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini