TAPAH – Seorang lelaki maut manakala 14 lagi cedera apabila dua kenderaan pelbagai guna (MPV) bertembung di Batu 4, Jalan Tapah-Cameron Highlands di sini tengah hari tadi. Dalam kejadian kira-kira pada pukul 12 tengah hari itu, mangsa, Mohd. Ayup Ab. Rahman, 55, yang merupakan pemandu kenderaan jenis Perodua Alza itu cedera parah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tapah. Isteri dan enam anak mangsa berusia antara sembilan hingga 23 tahun pula mengalami kecederaan termasuk tiga daripada mereka patah kaki kanan, tangan kiri dan tulang rusuk manakala ibu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya