LONDON 17 Mac – Beberapa jam selepas insiden serangan dua masjid di Christchurch, New Zealand berlaku, seorang lelaki cedera diserang dengan tukul besi dan kayu baton di luar sebuah masjid di timur London kelmarin. Menurut beberapa saksi, tiga lelaki melaungkan kata-kata berunsur Islamofobia ketika melalui kawasan masjid yang terletak di Cannon Street Road. Kesemua lelaki tersebut juga melabel umat Islam yang menunaikan solat Jumaat sebagai ‘pengganas’. Kemudian, beberapa lelaki Islam…










