Lelaki dilanggar pesawat meninggal dunia - Utusan Malaysia

Lelaki dilanggar pesawat meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Mac – Lelaki yang parah akibat kereta unit kejuruteraan lapangan terbang yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah pesawat persendirian di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang semalam meninggal dunia.

Mohd. Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali meninggal dunia kira-kira pukul 6.45 petang di sebuah hospital di sini.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Nor Azawiah Md Usuf dan empat anak termasuk bayi berusia 14 bulan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan yang pihaknya telah memulakan siasatan berhubung kejadian.

Sementara, tular di laman sosial hari ini ucapan takziah buat mangsa oleh rakan-rakannya.

Seorang daripadanya yang menggunakan nama Facebook, Mohd Farhan Kamaruzzaman memberitahu, sahabatnya yang dikenali sejak bangku sekolah itu telah meninggal dunia.

“Salam Takziah..Al-Fatihah, semoga roh arwah M.Ryuzaimi Isseykando diletakkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin. Allahuakbar,” katanya dalam postingnya kira-kira sejam lalu.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×