MELAKA – Seorang lelaki berdepan hukuman penjara 10 tahun selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan isterinya menggunakan sebuah bakul baju pada bulan lalu. Tertuduh, Uzair Abd. Kadir, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Noor Delaila Daud, 35, dengan memukul mangsa menggunakan sebuah bakul baju berwarna biru. Tindakan itu dilakukan tertuduh kira-kira pukul 9 pagi di sebuah rumah pangsa Pantai Peringgit…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya