Lelaki Australia dipenjara 11 tahun gara-gara Airbnb - Utusan Malaysia

Lelaki Australia dipenjara 11 tahun gara-gara Airbnb

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY 19 Mac – Seorang warga tempatan dijatuhkan hukuman selama 11 tahun selepas didapati bersalah membunuh seorang lelaki yang gagal membayar caj bilik yang disewanya di Airbnb. Tertuduh, Jason Rohan Colton sebelum ini didakwa terlibat dalam pembunuhan Ramis Jonuzi. Colton mendakwa Jonuzi tidak membayar caj bilik sewa berjumlah AS$150 (RM611.37). Jonuzi menyewa sebuah bilik di rumah Colton menerusi Airbnb selama beberapa hari pada Oktober 2017. Colton didakwa mencengkik, menumbuk dan menendang Jonuzi, yang kemudiannya meninggal dunia akibat kecederaan. – AFP

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN