KUALA LUMPUR 7 Mac – Mungkin tidak keterlaluan untuk mengatakan sebahagian besar pemain-pemain Liga Malaysia (Liga M) terutama anak tempatan masih belum menyedari kepentingan sains sukan khususnya bagi meningkatkan aspek stamina mereka. Secara amnya, kebanyakan pemain masih bergantung kepada sesi latihan bersama pasukan masing-masing untuk rutin latihan kecergasan dan kemahiran mereka. Bagaimanapun, perkara itu terkecuali buat penyerang import Terengganu, Lee Tuck yang tidak mahu terlalu bersandar kepada sesi latihan bersama…










