HANOI 29 Mac – Pihak berkuasa Vietnam berjaya merampas lebih daripada sembilan tan gading yang disorok dalam timbunan kayu balak di pelabuhan utama di Danang pada Selasa lalu. Jurucakap Jabatan Kastam Vietnam, gading tersebut dijumpai dalam sebuah kapal dari Republik Congo. “Satu bungkusan seberat 9.1 tan disyaki gading dijumpai tersembunyi antara kayu-kayu balak. “Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan berhubung penemuan gading tersebut,” katanya yang dipetik daripada laman berita Hai Quan di sini hari ini. -AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya