BEIRA 19 Mac – Lebih 1,000 penduduk dikhuatiri terkorban dalam siklon Idai yang membadai Moazambique minggu lalu manakala lebih 200 dilaporkan hilang termasuk di negara jiran, Zimbabwe.
Bandar Beira merupakan kawasan paling teruk terjejas dengan banyak kediaman dan jalan musnah.
Pihak berkuasa setakat ini mengesahkan sebanyak 84 kematian, namun menjangkakan angka itu melebihi 1,000 susulan banyak lagi kawasan belum diakses. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











