Layanlah sama rata, 'please' - Dr. Sam - Utusan Malaysia

Layanlah sama rata, ‘please’ – Dr. Sam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 9 Mac – Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini memuat naik ‘sentuhan rasanya’ dalam laman Facebook berhubung layanan kurang mesra seorang ejen hartanah ketika mahu berurusan bagi pembelian rumah.

Ahmad Samsuri berkata, kesibukan dan kekangan waktu untuk mengendalikan proses itu menjadi antara sebab beliau meminta anak perempuannya berurusan dengan ejen berkenaan namun, perkhidmatan yang diterima amat mengecewakan.

Katanya, layanan tidak sama rata kalangan ejen hartanah dalam memberi perkhidmatan secara tidak langsung boleh menyukarkan hasrat seseorang pembeli untuk memiliki kediaman idaman justeru, beliau berharap amalan tidak menyenangkan itu dapat diubah.

Memuatkan artikel berkaitan…
Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini memuat naik ‘sentuhan rasanya’ dalam laman Faceboo
Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini memuat naik ‘sentuhan rasanya’ dalam laman Faceboo 

“Hasrat memiliki rumah adalah asas terpenting keperluan rakyat namun pasaran jualan rumah kadangkala tidak bersifat mesra pembeli.

“Saya juga berdepan dengan kesukaran nak membeli rumah apabila saya cuba bertanya seperti seorang orang awam. Saya yakin sekiranya saya beritahu  saya adalah Menteri Besar atau Menteri tentunya layanan berbeza (saya mahu mendapat layanan seperti rakyat).

“Perbetulkan minda… layanlah sama rata please…,” katanya dalam laman Facebook di sini.

Setakat pukul 9.30 malam ini, status tersebut mendapat 1,800 tanda suka di samping 194 komen dan 146 perkongsian.

Menurut Ahmad Samsuri, sikap pilih kasih tersebut sekiranya dibiarkan berlarutan turut boleh membantutkan pasaran jualan hartanah di negara ini.

Sehubungan itu, beliau berharap kalangan pemaju perumahan dapat memantau etika profesionalisme ejen hartanah masing-masing.

Katanya, langkah tersebut penting kerana setiap pelanggan mempunyai sebab dan kekangan tersendiri yang perlu dihormati. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini