Lapan penagih dadah ditahan di kebun kelapa sawit - Utusan Malaysia

Lapan penagih dadah ditahan di kebun kelapa sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL 13 Mac – Polis menahan lapan lelaki dan merampas 58.31 gram dadah jenis heroin, 3.44 gram syabu dan tiga gram ganja dalam serbuan di sebuah kebun kelapa sawit di Felda Palong 9, Gemas dekat sini semalam.

Ketua Polis daerah, Superintenden Muhd. Nur Hishamuddin Hashim berkata, serbuan kira-kira pukul 6.05 petang itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol.

“Sebelum serbuan, anggota polis melihat  seorang lelaki duduk mencangkung dalam keadaan mencurigakan. Lelaki itu melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Anggota polis mengejar lelaki itu dan berjaya menahannya setelah berlaku pergelutan. Polis menemukan dadah jenis heroin dan syabu di lokasi sebelum lelaki itu melarikan diri,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini 

Muhd. Nur Hishamuddin berkata, anggota polis seterusnya menahan tujuh lagi lelaki yang memasuki kawasan itu dipercayai untuk mendapatkan bekalan dadah berkenaan.

Katanya, pemeriksaan ke atas lelaki terbabit menemukan dua tiub dadah jenis heroin seberat 0.33 gram daripada salah seorang lelaki berkenaan, manakala seorang lagi lelaki memiliki ganja seberat 3 gram.

Jelas beliau, kesemua penagih dadah yang ditahan berusia antara 25 hingga 54 tahun dan ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah.

Menurut beliau, kesemua dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM2,968 dan polis turut menyita sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC daripada salah seorang suspek.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B,  Seksyen12(3) dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Sek 15(1)(a) ADB 1953,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini