KUALA LUMPUR 23 Mac – Ketua jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) Laos, V. Sundramoorthy lebih selesa melihat anak-anak buahnya dilabel sebagai pasukan bukan pilihan menentang Malaysia dalam aksi kedua Kelayakan Kejuaraan AFC B-23 di Stadium Shah Alam, esok.
Laos dibelasah 0-5 oleh China dalam aksi pertama kejohanan di venue yang sama semalam dan jurulatih dari Singapura itu berkata dia perlu mengkaji corak permainan Malaysia untuk mengubati kekecewaan yang dialami pasukannya.
“Perlawanan seterusnya pasti berbeza. Pemain mempunyai fizikal lebih kurang sama cuma taktikal pasukan menjadi perbezaan. Malaysia pasukan pilihan untuk perlawanan esok dan selepas dibelasah saya fikir kami pasukan underdog,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan di Shah Alam, semalam. – UTUSAN ONLINE











