Langgar lari: Suspek panik, takut - Utusan Malaysia

Langgar lari: Suspek panik, takut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Mac – Panik dan takut.

Itu alasan diberikan seorang lelaki yang meninggalkan kereta dipandunya kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian selepas melanggar seorang warga emas hingga mati di Jalan Tun Jugah, Kuching, Sarawak kelmarin.

Suspek yang lesennya didapati tamat tempoh sejak tiga tahun lalu itu bagaimanapun tampil menyerah diri di Ibu pejabat Polis Daerah Kuching, kira-kira pukul 7 petang tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, suspek yang bekerja sendiri mendakwa kereta tersebut dipinjam daripada rakannya.

“Kita telah merakam percakapannya dan dia telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak untuk ujian alkohol serta dadah dalam darah.

“Suspek yang berusia 49 tahun itu turut mengaku melarikan diri kerana takut dan panik,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dalam kejadian pada pukul 6.15 pagi kelmarin, seorang penghantar surat khabar, Chong Kui Hin, 67, maut dalam kejadian langgar lari di Jalan Tun Jugah, Kuching, Sarawak.

Mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda C100 dikatakan dalam perjalanan menghala ke Kuching Sentral sebelum dirempuh kereta BMW itu dari belakang sehingga mangsa tercampak ke bahu jalan.

Pemandu kereta berkenaan bertindak melarikan diri namun meninggalkan kenderaan itu di tepi Jalan Airport, berhampiran Kuching Sentral. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini