KOTA BHARU 20 Mac – Kerajaan Pas Kelantan sedang giat menaik taraf dan menceriakan kawasan yang terletak di laluan-laluan pintu masuk utama bagi meningkatkan imej Kelantan sekali gus menggamit kemasukan lebih ramai pelancong ke negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin berkata, sejumlah RM500,000 diperuntukkan bagi tujuan keceriaan pada tahun lalu manakala pada tahun ini, sejumlah RM1.6 juta diperuntukkan bagi tujuan sama. Katanya, tumpuan…










