KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang menghina agama Islam, Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aisyah di laman media sosial Facebook ditahan polis dalam satu serbuan di pusat beli-belah Plaza Pudu di sini, hari ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, suspek yang menggunakan nama akaun ‘Alvin Chow’ di laman Facebook itu ditahan dalam satu serbuan oleh anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Selangor.…










