KUALA LUMPUR 2 Mac – Tindakan kerajaan Pakatan Harapan menaikkan tarif elektrik kepada peniaga dan dalam masa sama melaungkan kononnya akan mengurangkan kos sara hidup dianggap hanya satu mainan perasaan kepada rakyat. Aktivis rakyat, Mohd. Razlan Rafii berkata, kenaikan tersebut akan menyebabkan peniaga menaikkan harga barang sekali gus meningkatkan kos sara hidup yang akhirnya akan membebankan rakyat. “Kerajaan telah meluluskan kos Tenaga Nasional Berhad (TNB) RM1.82 bilion ini dipulangkan kepada…