Kumpulan Skyworld mahu kerajaan bantu kurangkan kos pemaju - Utusan Malaysia

Kumpulan Skyworld mahu kerajaan bantu kurangkan kos pemaju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Mac – Kumpulan Skyworld Development berharap kerajaan dapat membantu pemaju-pemaju perumahan di negara ini untuk membantu mengurangkan kos-kos perniagaan.

Pengasas dan Pengarah Urusannya, Datuk Ng Thien Phing berkata, pihaknya mencadangkan pihak berkuasa mempertimbangkan pengurangan harga tanah bagi tujuan pembinaan Residensi Wilayah.

Katanya, kerajaan boleh laksanakan kaedah subsidi bersilang, penghapusan caj perintah pembangunan, premium pertukaran syarat nyata, lanjutan pajakan dan juga fi lain terutamanya untuk Tenaga Nasional Bhd. (TNB), Syarikat Bekalan Air Selangor, Indah Water Konsortium dan juga agensi yang lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia seterusnya dapat mengurangkan kos pembinaan dan penjimatan ini boleh memanfaatkan para pembeli rumah pertama di bawah program Residensi Wilayah,” katanya sewaktu berucap pada majlis ‘Topping Off’ bagi projek Residensi Awani 2 di sini hari ini.

Tambah Thien Phing, majlis ‘Topping Off’ ini melambangkan kemajuan pembinaan Residensi SkyAwani 2 yang telah siap 70 peratus dan pihaknya menjangkakan pembinaan projek ini akan siap lebih awal dari tempoh pembinaan yang dijadualkan.

Katanya, Residensi SkyAwani 2 dijangka siap pada hujung tahun ini.

“Kami tidak akan dapat mencapai tahap ini tanpa sokongan dari semua pihak dan rakan-rakan kongsi kami, terutamanya pihak Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kontraktor utama kami iaitu Sri Binaraya dan juga Maybank,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini