‘Kuda tua’ masih berbisa - Utusan Malaysia

‘Kuda tua’ masih berbisa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARMA 27 Mac – Fabio Quagliarella me­ngakui sudah menemui sentuhan terbaiknya selepas mencatat sejarah sebagai pemain tertua menjaringkan gol buat Itali ketika pasukan itu membelasah Liechtenstein 6-0 dalam kelayakan Euro 2020, hari ini.

 

Penyerang Sampdoria itu yang mencecah usia 36 tahun, 54 hari me­nyempurnakan dua sepakan penalti ketika membantu Azzurri melakar kemenangan kedua berturut-turut dalam saingan Kumpulan J.

Kemenangan membolehkan mereka mengungguli kumpulan dengan enam mata maksimum selepas menumpaskan Finland 2-0 di Udine, Sabtu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Quagliarella mengatasi rekod milik Christian Panucci yang menjaringkan gol pada 2008 ketika berusia 35 tahun, 62 hari.

“Saya tidak rasa seperti usia saya, sebaliknya rasa bagus dan sangat tenang. Petang yang cukup indah.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan. Selepas menjaringkan dua gol mereka memberi galakan untuk saya melakukannya buat kali ketiga namun tidak berjaya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jorginho dan (Leonardo) Bonucci ke­rana memberi peluang kepada saya mengambil sepakan pe­nalti tersebut,” katanya yang menjaringkan sembilan gol dalam 27 penampilan bersama Itali.

Ini adalah penampilan pertama ­Quagliarella bersama skuad kebangsaan sejak kali terakhir me­nyarung jersi Itali pada Jun, 2010 ketika menentang Switzerland.

Dia mendapat kepercayaan jurulatih, Roberto Mancini selepas muncul penjaring terbanyak Serie A musim ini dengan meledak 21 gol dalam 28 perlawanan.

Empat lagi jaringan Itali di Stadium Ennio Tardini disempurnakan oleh Stefano Sensi, Marco Verratti, Moise Kean dan Leonardo Pavoletti.

Liechtenstein pula terpaksa menamatkan permainan de­ngan 10 pemain selepas ­Daniel Kaufmann dibuang padang pada babak kedua kerana terpegang bola dalam kawasan penalti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini