KUALA LUMPUR 8 Mac – Jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) yang dipegang Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sejak Oktober tahun lalu tidak diperakukan dengan sah mengikut kepada Perlembagaan parti tersebut. Sehubungan itu, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor masih lagi menyandang jawatan berkenaan sejak tahun 2009. Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika mengumumkan perkara berkenaan menegaskan, Tengku Adnan masih lagi Setiausaha Agung BN kerana…










