KSN puji TPA-13 - Utusan Malaysia

KSN puji TPA-13

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mac – Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar melahirkan perasaan bangga terhadap pencapaian Tim Pemantau Antarabangsa-Mindanao (TPA-M13) yang telah berkhidmat di Filipina sejak tahun lalu.

TPA-M13 yang dianggotai 16 anggota serta pegawai daripada pelbagai agensi keselamatan negara kembali ke tanah air hari ni selepas setahun berkhidmat di negara tersebut.

“Walaupun lawatan singkat namun saya dapat menyaksikan sendiri keadaan sebenar di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya dimaklumkan terdapat beberapa insiden kecil berlaku namun ianya bersifat terpencil dan tidak mengganggu proses damai yang telah semakin membuahkan hasil yang positif, tahniah dan syabas diucapkan,”katanya ketika menjadi saksi pertukaran pasukan keselamatan tersebut di Cotabato, Mindanao, Filipina, hari ini.

TPA-M13 diketuai Datuk Mohd. Nazir Mami berjaya melengkapkan misi keamanan di Mindanao walaupun berdepan pelbagai cabaran dan ancaman akibat perselisihan faham antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Kesinambungan TPA-M13 diteruskan TPA-M14 pula bertolak ke negara tersebut semalam dengan diketuai Datuk Yaacob Samiran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini