PUTRAJAYA – Pelan tindakan berhubung kebolehpasaran graduan dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan semua program di institusi pengajian tinggi (IPT) akan dibentangkan dalam masa terdekat. Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dalam satu kenyataan berkata, kementerian kini sedang dalam fasa terakhir menyiapkan kajian dan pelan tindakan kebolehpasaran graduan dalam program berkenaan. Menurutnya, beliau turut mengambil maklum saranan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengurangkan ketidakpadanan yang jelas antara permintaan dan bekalan tenaga kerja. “Pada masa sama, ingin memaklumkan bahawa KPM mengambil serius tentang isu kebolehpasaran graduan,” katanya di sini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya