KPDNHEP rampas minyak pelincir tiruan - Utusan Malaysia

KPDNHEP rampas minyak pelincir tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 15 Mac – Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merampas minyak pelincir pelbagai jenama tiruan, mesin memproses dan kenderaan dianggarkan bernilai hampir RM854,300 dalam Operasi Bersepadu di sekitar Pelabuhan Klang pagi ini.

Pengarahnya, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, operasi kira-kira pukul 10.50 pagi itu membabitkan lapan kakitangan kementerian dan sembilan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Cawangan Khas Bukit Aman.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, dalam operasi tersebut, pemeriksaan telah dibuat ke atas dua buah premis iaitu kilang memproses minyak pelincir dan kedai menjual alat ganti kenderaan berikutan aduan yang diterima daripada pemilik cap dagang berkenaan.

Beliau berkata, dalam serbuan yang dilakukan, seramai lapan orang warganegara asing dan seorang rakyat tempatan dalam lingkungan umur 18 hingga 40 tahun telah ditahan.

Jelasnya, antara barang yang dirampas termasuk

minyak pelincir pelbagai jenama tiruan, mesin dan peralatan memproses minyak pelincir serta sebuah lori yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM854,300.

“ Tindakan kes diambil di bawah Seksyen 8(2)(c), Akta Perihal Dagangan 2011 iaitu mendedahkan untuk pembekalan atau mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalan untuk pembekalan apa-apa barang-barang yang baginya suatu perihal dagangan palsu digunakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iskandar Halim berkata, bagi kesalahan terbabit hukuman boleh dikenakan di bawah Seksyen 8(2(B).

“ KPDNHEP akan terus berkerjasama dengan pemilik cap dagang dan agensi-agensi lain dalam usaha melindungi hak pengguna dan juga hak harta intelek milik industri”, katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini