KPDNHEP Negeri Sembilan rampas 8,200 liter diesel - Utusan Malaysia

KPDNHEP Negeri Sembilan rampas 8,200 liter diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 7 Mac – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan merampas 8,200 liter diesel bernilai RM17,876 dari sebuah premis di Jalan Lukut- Sepang dekat sini semalam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP negeri, Zubir Hamsa berkata, diesel itu dirampas selepas seramai 11 pengawai penguat kuasa KPDNHEP Negeri Sembilan melakukan serbuan keatas premis itu kira-kira pukul 10 pagi.

“Premis itu disyaki memiliki barang kawalan diesel tanpa kebenaran. Operasi dijalankan berdasarkan hasil risikan selama sebulan ke atas premis terbabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemeriksaan menunjukkan syarikat ini ada dalam milikannya minyak diesel yang disimpan dalam beberapa buah tangki dan tong drum,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Zubir berkata, sebanyak 8,200 liter diesel itu dipercayai disimpan bagi kegunaan sendiri dan untuk dijual kepada pihak ketiga oleh premis berkenaan.

Kata beliau, kes itu disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan pihak yang membekalkan barang kawalan itu kepada premis tersebut akan turut disiasat.

Tegasnya, tindakan boleh diambil ke atas pembekal diesel berkenaan termasuk pembatalan lesen jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini