Konservatif ambil tindakan - Utusan Malaysia

Konservatif ambil tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 6 Mac – Seramai 14 anggota Parti Konservatif digantung keahlian serta-merta selepas memuat naik komen berbentuk Islamofobia atau perkauman dalam media sosial baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lapor agensi berita The Independent, komen tersebut ditemukan dalam kumpulan Facebook pro-Jacob Ress-Mogg, yang merupakan anggota Parti Konservatif.

Antara komen berkenaan ialah menggesa penduduk Islam ‘dihalau keluar dari pejabat kerajaan’, mendesak kerajaan ‘merobohkan semua masjid’ dan menggelar Setiausaha Dalam Negara, Savid Javid sebagai ‘kuda Trojan’.

Sementara itu, Majlis Muslim Britian (MCB) yang berulang kali menggesa satu siasatan bebas dijalankan berhubung Islamofobia dalam parti terbabit berkata, insiden terbaharu itu adalah ‘amat mengejutkan’.

SALAH satu komen oleh anggota parti Konservatif dalam kumpulan
SALAH satu komen oleh anggota parti Konservatif dalam kumpulan Facebook pro-Jacob Ress-Mogg. – AGENSI

“Kami telah melihat ahli Parlimen, kaunselor dan anggota parti terbabit bersikap prejudis yang tidak sepatutnya berlaku dalam Parti Konservatif moden. Malah desakan oleh komuniti Islam supaya dijalankan siasatan bebas terhadap isu tersebut tidak diendahkan.

“Sebaliknya kami mende­ngar alasan, penafian dan maklum balas yang kami jangka apabila berlakunya masalah melibatkan institusi tertentu. Kami sekali lagi menyeru agar siasatan bebas dibentuk dan seruan ini dapat didengar,” kata jurucakap MCB.

Komen-komen berkenaan pada mulanya diutarakan oleh pengguna Twitter dikenali sebagai @MatesJacob.

Tangkap layar komen tersebut kemudiannya diserahkan oleh The Independent kepada Ibu pejabat Parti Konservatif, yang mengesahkan tindakan telah dilaksanakan terhadap 14 daripada 25 individu yang terbabit.

Seramai 11 lagi individu itu didapati bukan anggota parti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN