KUALA LUMPUR – Acara International Women’s Days with Zee Avi and NJWA Concert yang sepatutnya berlangsung pada 22 Mac ini terpaksa ditunda kepada 22 Jun depan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Penganjur, Farhan Aizat dari Showlab Ventures menerusi satu kenyataan berkata, penangguhan tersebut disebabkan kerancakan konsert lain yang turut berlangsung pada Mac dan April. “Kami berasa sedih dengan penangguhan ini. Kami akur dengan kemeriahan pelbagai jenis konsert yang berlangsung…










