KUALA LUMPUR 2 Mac – Kumpulan Syarikat Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) melaksanakan pemasangan kiosk layan diri di tiga lokasi di sepanjang Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).
Memuatkan artikel berkaitan…
Prolintas Highways dalam satu catatan di akaun facebook miliknya berkata, langkah itu bertujuan memudahkan orang ramai membuat tambah nilai kad Touch ‘n Go.
“Lokasi tersebut melibatkan lorong tambah nilai Plaza Tol Bukit Jelutong (Utara dan Selatan), Kawasan Rehat dan Rawat Elmina Utara dan Selatan dan Hentian Sebelah Lagong,” katanya. – UTUSAN ONLINE











