Kilang musnah dalam kebakaran - Utusan Malaysia

Kilang musnah dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Mac – Sebuah kilang memproses span dan barangan untuk pembuatan perabot, musnah dalam kebakaran di Jalan Cheras, Batu 11 dekat sini, malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata bagaimanapun dalam kejadiankira-kira pukul 8.16 malam itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Sewaktu kejadian, tiada pekerja berada di dalam kilang memandangkan waktu bekerja tamat pukul 6 petang,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengulas lanjut, Norazam memberitahu, sebanyak 68 anggota bomba bersama tujuh jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan, sebelum berjaya mengawal api daripada merebak ke kawasan berhampiran.

“Sehingga kini, pihak kita masih melakukan proses pemadaman bara akibat kebakaran itu.

“Selain itu, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca dan jumlah kerugian,” ujarnya.

Dalam pada itu, pemilik kilang itu ketika ditemui enggan ditemu bual.-BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini