GUA MUSANG – Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) akan menghentikan bayaran sara hidup RM1,000 sebulan kepada 2,228 peneroka di lapan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) agensi itu tahun depan. Pengerusinya, Datuk Sazmi Miah berkata, langkah itu setelah semua peneroka terbabit dapat urus semula ladang sawit mereka yang terbabit program tanam semula sejak lima tahun lalu sudah mengeluarkan hasil dan mampu menampung perbelanjaan. Katanya, mungkin mereka memperolehi pendapatan lebih RM1,000 sebulan, tetapi…










