Kertas siasatan kenyataan kontroversi Guan Eng telah dibuka - Utusan Malaysia

Kertas siasatan kenyataan kontroversi Guan Eng telah dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL 12 Mac – Polis telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan yang mana Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan kontroversi dan menyentuh sensitiviti kaum.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, setakat dua hari lalu polis telah menerima 58 laporan di seluruh negara berhubung isu berkenaan dan beliau yakin jumlah laporan itu semakin meningkat berdasarkan perkembangan terkini.

“Kita sudah buka kertas siasatan berhubung perkara ini selepas laporan polis dibuat minggu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita akan panggil (Guan Eng) bila tiba masanya, buat masa ini saya dimaklumkan belum diambil keterangan, kalau sekiranya perlu pegawai penyiasat akan mengambil keterangan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan (SPS) di sini hari ini.

Pada 6 Mac lalu sebuah portal berita melaporkan kenyataan Guan Eng yang menyifatkan kerjasama antara UMNO dan Pas sebagai satu ‘pengisytiharan perang’ kepada masyarakat bukan Melayu.

Kenyataan itu bagaimanapun ditukar dengan penukaran frasa ‘pengisytiharan perang’ yang diubah kepada ‘menyasarkan’. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini