Kertas siasatan diserah kepada Peguam Negara - Utusan Malaysia

Kertas siasatan diserah kepada Peguam Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram


KUALA LUMPUR 25 Mac- Kertas siasatan berhubung kekecohan di hadapan Universiti Malaya di sini, Jumaat lalu akan dihantar kepada Peguam Negara, esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata, pihaknya sudah merakam 26 keterangan daripada pihak yang berkaitan.

“Kita juga menerima 11 laporan polis berkaitan kejadian itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas sambutan Hari Peringatan Polis ke-212 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jumaat lalu, media melaporkan berlaku kekecohan di sebuah restoran di hadapan Universiti Malaya di sini ketika program sembang santai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diadakan.

Kekecohan berlaku apabila enam penuntut membuat provokasi ketika program dijalankan sambil memegang plakad tertera perkataan “Najib Tak Malu” dan “Pulangkan Duit Rakyat” selain sebuah plakad karikatur badut yang menyerupai Najib.

Tindakan itu menyebabkan penyokong Najib menghampiri mereka dan mengoyakkan plakad yang dipegang pelajar sebelum berlaku kekecohan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini