KUALA KANGSAR 9 Mac – Dakwaan kerjasama UMNO dan Pas akan memecah-belahkan rakyat serta menjadikan negara seperti Afghanistan yang diperintah oleh Taliban jika berjaya membentuk kerajaan adalah fitnah lama yang diulang bagi menggambarkan pemerintahan mengikut lunas Islam adalah bersifat keras dan menindas. Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, kenyataan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming itu merupakan satu ketakutan kepada sejarah baharu melibatkan kerjasama rapat…










