SERDANG – Sebanyak lima buah kenderaan yang diletakkan di bahu jalan mengalami kerosakan setelah dilanggar sebuah kereta jenis Proton Persona yang hilang kawalan apabila cuba mengelak seekor anjing dalam satu kejadian di Jalan Puncak Jalil 1 di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, kereta Proton Persona yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 30-an sedang dalam perjalanan menuju ke Puncak Jalil dari arah Taman Lestari Perdana. “Sebaik melalui lokasi kejadian, seekor anjing telah melintasi jalan secara tiba-tiba mengakibatkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya