ANKARA 16 Mac- Kerajaan Turki telah membuka kertas siasatan berhubung kunjungan beberapa kali penyerang dua masjid di Christchurch ke negara ini. Sumber memberitahu, Brenton Tarrant, 28, sebelum ini dipercayai pernah berkunjung ke Turki dan berada di negara tersebut untuk tempoh lama. “Kami berpendapat suspek pernah ke negara lain di Eropah, Asia dan Afrika melalui Turki. “Siasatan sedang dibuat untuk mengenalpasti urusannya dan kenalannya di negara ini,” katanya. Pada masa yang sama, kerajaan Bulgaria turut mengambil langkah sama selepas mendapati penyerang asal Australia itu pernah beberapa kali masuk ke negara itu.-AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya